Ahad, 22 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim









Hasil sumbangan daripada ahli Kota Setar Amateur Radio Club serta ahli keluarga, rakan-rakan dan orang perseorangan telah berjaya membantu merealisasikan program ini. Majlis diadakan pada 20.8.2010, jam 6 petang hingga 9 malam ini di isi dengan beberapa acara penting seperti pemberian duit raya, majlis tahlil, solat maghrib berjemaah dan majlis berbuka puasa bersama 70 orang anak yatim tersebut. Majlis diserikan dengan kehadiran 2 orang wartawan daripada akhbar SINAR HARIAN. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya.


Rabu, 4 Ogos 2010

Antenna slim jim baru naik kat base..


pandangan dari bawah...

Slim Jim disebalik rimbunan daun...

guna braket tv dan tiang..pasang pada bumbung rumah 7 kaki

Khamis, 22 Julai 2010

FT 817ND all band all mode


FT 817ND
uhf/vhf/hf

Rig yang menjadi kegilaan terkini di lokalan Alor Setar..harga mencecah RM 2 ribu lebih..yang bestnya dengan rig ini, ia hanya mempunyai kuasa setakat 5 watts. Cuba bayangkan dengan 5 watts mampu berqso HF dengan rakan luar negara...siapa tak nak cuba FT 817ND (nd lala)..sekadar berkongsi...

Ahad, 18 Julai 2010

Amateur Radio Festival



HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : 9W2GOD - Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Penasihat : 9M2YRS - (Pak Yob) ABD RASID AHMAD SIDEK
: 9M2NM - Nordin Abu Mangsor - 0129455180
: 9M2RS - Hj. Rashid Sultan - 0193362595

Urusetia : 9W2XLT - LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )
9W2OOS - Sallehudin Hashim (0162188393)
9WJQQ - Pak Razif (0176517800)
9W2SFU - (SIFU) Amiruddin Fansari (0173019123)
9W2LST - Azle (0126649857)
9W2BCT - Aswadi (0163111528)
9W2NZS - Nazri (0173312017)

Rabu, 23 Jun 2010

UPSR nak dimansuhkan!!!

Apa kabar kepada semua rakan-rakanku, tidak kira di mana jua anda berada. Mudah-mudahan semua terkhabar sihat. Lama rasanya tidak menulis diruangan blog ni, hari ni ada masa sedikit mengeluarkan kata-kata indah dari benak fikiran ku...hehe cewah!!..baiklah baru-baru ini menteri pelajaran telah meminta pandangan daripada masyarakat mengenai Pemansuhan UPSR..Persoalannya di sini adakah anda bersetuju?
Bagi pandangan ku, mungkin ada baiknya memansuhkan UPSR yang beroreintasikan Peperiksaan. Kenapa saya berpandangan sedemekian...pertama jika kita lihat apabila murid telah mencapai umur 12 tahun, mereka akan mula menghadapi tekanan daripada ibu bapa atau daripada guru. Ini akan memberi tekanan kepada mereka yang baru berusia 12 tahun...muda lagi hadapi tekanan. Kedua di peringkat sekolah, guru2 dan pentadbiran sekolah akan mula berlumba2 satu sama lain untuk menunjukkan siapakah yang hebat. Ketiga pendidikan sekarang sudah tidak berlandaskan pada falsafah pendidikan negara, cuba kita renung kembali melahirkan insan yang lengkap dari segi JERI. Perkara ini tidak berlaku apabila murid mula memasuki tahun 6 UPSR, mereka hanya menumpu untuk berjaya mendapat A sahaja termasuk guru. Maka dari sini bermulalah murid yang tidak mencapai 3M akan ditinggal ke belakang kerana murid-murid ini tidak mampu memberikan peratus kepada pihak sekolah. Ini hanya pandanganku mengenai permasalahan dunia pendidikan di malaysia. Renung-renungkan....wasalam......

Isnin, 31 Mei 2010

Tukar lagi..

Frekuensi 9M4RKG tukar sekali lagi

146.625
minus 0.600
tone 103.5

frekuensi ini ditukar akibat pertindihan dengan frekuensi lain.
Harap Maklum

Jumaat, 21 Mei 2010

9M4RKG tukar frekuensi

Untuk Makluman
Frekuensi 9M4RKG telah di tukar
146.6875
minus 0.600
tone 103.5